Argentina hidupkan peluang, atasi Mexico 2-0

Argentina hidupkan peluang, atasi Mexico 2-0

MESSI meraikan gol jaringannya ketiak menentang Mexico di Stadium Lusail sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Argentina menghidupkan kembali peluang mereka dalam singan Kumpulan C Piala Dunia 2022 selepas berjaya menewaskan Mexico 2-0 di Stadium Lusail sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Albiceleste di kedudukan kedua dengan tiga mata di belakang Poland yang mengumpul empat mata.

Argentina turun dalam perlawanan itu dalam misi wajib menang namun, mereka nampak bergelut dan menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

Gol yang dicari-cari Argentina hadir pada minit ke-64 menerusi kapten mereka, Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada minit ke-87.

Perlawanan seterusnya dalam Kumpulan C akan menyaksikan Argentina akan berdepan Poland manakala, Mexico akan bertemu Arab Saudi.

Peluang untuk layak ke pusingan kalah mati bagi Kumpulan C masih terbuka untuk semua pasukan dan perlawanan terakhir nanti bakal menjadi penentu-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya