Ker Ying buang rasa sakit demi Komanwel

Ker Ying buang rasa sakit demi Komanwel

ONG Ker Ying ketika memenangi pingat perak pada Sukan SEA Hanoi, Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ong Ker Ying mahu membuktikan di mampu bersaing dengan penerjun terbaik dunia biarpun hanya akan membuat penampilan sulung dalam Sukan Komanwel di Birmingham, Ahad ini.

Ker Ying, 20, yang bakal bersaing dalam acara 3 meter (m) papan anjal berkata, biarpun masih terasa sakit di bahagian belakang, namun dia yakin untuk memenuhi misi melayakkan diri ke saingan akhir.

“Rasa teruja dan berdebar juga kerana ini penampilan pertama saya di Sukan Komanwel.

ONG Ker Ying (kanan) bersama Wendy Ng.

“Saya memang ada kece­deraan di belakang badan tetapi ia kecederaan lama sebelum Kejohanan Dunia bermula lagi, namun itu tidak akan beri kesan yang besar kerana saya akan cuba untuk bersungguh-sungguh capai misi saya.

“Sasaran saya adalah cuba layak ke final kerana pada Kejohanan Dunia saya gagal melakukannya,” jelas Ker Ying yang hanya menghabiskan saingan di Budapest Jun lalu di tangga ke 36 keseluruhan.

Pada Sukan SEA Hanoi, Mei lalu, Ker Ying beraksi baik apabila meraih perak 3m papan anjal individu di belakang rakan senior, Wendy Ng. Gandingannya bersama Wendy  bagaimanapun membutirkan emas untuk Malaysia dalam 3m papan anjal seirama.

“Standard juga berbeza di Birmingham jika dibandingkan Sukan SEA, saya sedar ada jurang besar dengan penerjun di sana nanti, tetapi saya sedia untuk buktikan keupayaan kerana saya pergi untuk bersaing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya