18 pasukan berentap dalam Liga Super 2023?

18 pasukan berentap di Liga Super 2023, Liga Perdana dimansuh?

SAINGAN Liga Perdana mungkin dibubarkan, sebaliknya Liga Super akan ditambah kepada 18 pasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga M) lebih kompetitif, satu langkah drastik akan dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada saingan musim depan.

Difahamkan Liga Perdana akan ‘dikuburkan’ dengan enam pasukan dari divisyen kedua itu bakal membentuk 18 pasukan yang akan bersaing di pentas Liga Super 2023.

Perubahan itu bukan sahaja memastikan liga lebih kompetitif, malah dijangka mampu menarik lebih banyak penaja dan menambah lagi perlawanan buat semua pasukan sekali gus membantu meningkat prestasi skuad kebangsaan.

Ketika ini 12 pasukan bersaing dalam Liga Super dan mereka hanya mempu­nyai 22 perlawanan semusim berbanding musim depan, di mana setiap pasukan akan beraksi 34 perlawanan.

Tidak dinafikan akan berlaku peningkatan kos buat pasukan bertanding kerana pertambahan jumlah perlawanan tetapi perubahan berkenaan mampu me­ningkatkan lagi nilai komersial Liga Malaysia.

Meskipun memiliki sudut negatif tetapi perkara positif lebih banyak memberi manfaat kepada pasukan bertanding dan juga bola sepak negara.

Spekulasi struktur baharu Liga M itu muncul sejak Mac lalu dan pengelola liga tersebut mungkin sudah membuat kajian terperinci mengenai impak terhadap perubahan berkenaan dan langkah-langkah mengatasi masalah yang akan timbul tentu sekali sudah dimiliki.

Setakat ini belum ada kata putus rasmi dibuat MFL dan keputusan akhir dijangka di­umumkan selepas selesai Mesyu­arat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ke-3, hari ini.

Dengan ketiadaan Liga Perdana, bermakna tiada feeder club seperti Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Terengganu FC II (TFC II) dan Selangor II akan bermain di Liga Simpanan.

Saingan Liga Simpanan akan menjadi medan persaingan khusus bagi pasukan bawah 23 (B-23) tahun yang dibarisi pasukan feeder club daripada 18 pasukan yang bertanding di Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya