Sultan Selangor seru perkukuh perpaduan, hargai keamanan

Sultan Selangor seru perkukuh perpaduan, hargai keamanan

Perpaduan keamanan
SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru seluruh masyarakat terus memperkukuh perpaduan, menghargai keamanan dan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan berkata, baginda berharap rakyat Malaysia dapat terus menyuburkan semangat toleransi dan sikap saling menghormati tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

“Baginda berharap agar tarikh penuh bermakna ini sentiasa dikenang sebagai lambang perpaduan nasional yang menyatukan seluruh rakyat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara yang berdaulat.

“Baginda sentiasa mendoakan agar semangat kebersamaan ini terus menjadi pegangan rakyat jelata, dalam memelihara kesejahteraan negara, agar Malaysia kekal aman, makmur dan bersatu padu untuk generasi kini dan akan datang,” katanya di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Baginda menzahirkan, sambutan pada 16 September setiap tahun ini adalah bagi memperingati detik bersejarah pembentukan Malaysia. Selamat Hari Malaysia, Malaysia,” tambahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×