Liek Hou mahu kongsi rezeki RM1 juta - Utusan Malaysia

Liek Hou mahu kongsi rezeki RM1 juta

Cheah Liek Hou puas berjaya merangkul pingat emas selepas menewaskan Dheva Anrimusthi kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cheah Liek Hou telah lama menyimpan hasrat untuk melakukan amal kebajikan dengan membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan.

Kemenangan emas di Paralimpik Tokyo 2020 dan bakal menerima ganjaran ganjaran RM1 juta seperti dijanjikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepadanya menyaksikan salah satu impiannya itu bakal direalisasi.

“Memang ada perancangan mahu sedekah kepada orang yang kurang berkemampuan dan lebih memerlukan, terutama ketika ini ramai terkesan kerana Covid-19.

“Saya juga akan beri bantuan kepada mana-mana rumah rumah kebajikan yang memerlukan. Itu perkara pertama yang saya mahu lakukan bila dapat duit ganjaran nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Selain ganjaran RM1 juta daripada SHAKAM, Liek Hou juga akan menerima insentif tambahan sebanyak RM100,000 daripada FWD Takaful.

Liek Hou, 33, yang berasal dari Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik selepas menewaskan jaguh No. 1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 kelmarin.

“Saya juga mahu dedikasikan kejayaan ini kepada jurulatih saya Datuk Rashid yang berkorban untuk melatih saya. Dia sanggup meninggalkan keluarga selama tiga bulan bersama saya menjalani latihan secara kuarantin di MSN (Majlis Sukan Negara).

“Memang saya nampak dia betul-betul bagi jiwa dan raga dia untuk membantu saya berjaya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga terutama ibu (Jap Joe Tjin) dan isteri (Dewi Febriana), mereka bagi sokongan dan tidak merungut sepanjang ketiadaan saya untuk melakukan persiapan menghadapi Sukan Paralimpik.

“Tidak lupa kepada MSN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang banyak memberi sokongan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya