fbpx

21 Oktober 2021, 1:31 pm

Gimnas Jerman perkenal pakaian ‘sopan’

SKUAD gimnastik wanita Jerman menerusi quartet mereka akan memecahkan tradisi dengan mengenakan pakaian yang lebih 'sopan' pada Olimpik Tokyo.- IHSAN INSTAGRAM SARAH VOSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Skuad gimnastik wanita Jerman mendedahkan pakaian sukan yang lebih ‘sopan’ untuk dipakai pada Sukan Olimpik Tokyo sebagai tentangan terhadap seksualiti dalam sukan tersebut.

Sejak 1970-an, gimnas wanita sering mengenakan pakaian leotard, namun skuad Jerman menerusi quartet Elisabeth Seitz, Kim Bui, Pauline Schafer dan Sarah Voss membuat keputusan untuk memecah tradisi tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Voss, keempat-empat gimnas itu mengenakan seragam berwarna merah jambu dan hitam serta berseluar panjang ketat.

“Memakai pakaian sebegini mampu membantu gimnas wanita lebih selesa serta yakin, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan.

“Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya leotard tidak menutup segalanya atau kadang-kadang terselak.

“Jadi sebab itu kali ini kami memakai pakaian yang baharu untuk lebih rasa selesa dan selamat semasa pertandingan atau latihan.

“Setiap kali tidak rasa selesa, ia akan mengganggu fokus anda, sekali gus menjejaskan persembahan.

“Saya fikir dengan pakaian ini akan membolehkan kami memberikan perhatian semasa membuat persembahan tanpa memikirkan apa yang orang lain lihat,” kata Voss.- AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI