Tahniah Ronaldo - Ali Daei - Utusan Malaysia

Tahniah Ronaldo – Ali Daei

ALI Daei (kiri) dan Cristiano Ronaldo kini berkongsi rekod gol terbanyak dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda bola sepak Iran, Ali Daei mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo kerana menyamai rekod 109 gol antarabangsa dan menyatakan rasa bangga kerana berkongsi rekod bersama bintang Portugal itu.

Penyerang Juventus itu menyempurnakan dua sepakan penalti ketika pasukannya mengikat Perancis 2-2, sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020.

Dua gol itu membolehkan Ronaldo mengumpul 109 gol bersama skuad kebangsaan, menyamai rekod yang dilakukan oleh Daei bersama pasukan Iran.

“Tahniah kepada Cristiano Ronaldo yang kini hanya satu gol untuk memecahkan rekod jaringan antarabangsa terbanyak bagi bola sepak lelaki.

“Saya berbangga kerana pencapaian luar biasa ini milik Ronaldo, juara bola sepak hebat dan insan penyayang yang menginspirasikan dan memberi impak di seluruh dunia.

“Vamos!,” tulis Ali dalam Instagram.

Bagaimanapun, Ronaldo memerlukan 178 penampilan untuk meraih rekod terbabit, berbanding Daei yang melakukannya dalam 145 perlawanan bersama Iran.

Portugal akan bertemu pasukan No. 1 dunia, Belgium pada pusingan 16 terbaik, Isnin depan dan pemenang berpotensi bertemu Itali di suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.