Kami sudah berikan segalanya - Maguire - Utusan Malaysia

Kami sudah berikan segalanya – Maguire

PERTAHANAN England, Harry Maguire menyuarakan kesedihannya apabila England gagal merangkul kejuaraan Euro 2020 selepas tewas kepada itali menerusi penentuan penalti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Maguire yang mempamer aksi cemerlang untuk Three Lions sepanjang kejohanan Euro 2020 tetapi gagal membantu England untuk meraih kejuaraan.

England menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi Luke Shaw sebelum The Azzurri mendominasi separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan hasil jaringan Leonardo Bonucci.

Kedua-dua pasukan gagal menambah gol sehingga mata tambahan dan meskipun Jordan Pickford menafikan dua sepakan penalti Itali daripada Jorginho dan Andrea Belotti.

Bagaimanapun, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kemenangan kepada Itali.

“Kami sudah memberikan segala-galanya. Kami menguasai separuh masa pertama dan mereka mendominasi separuh masa kedua.

“Apabila kemenangan ini ditentukan menerusi penentuan penalti, ia agak mengecewakan dan ini bukanlah keputusan yang kami mahukan.

“Kami mahu memenangi trofi di tempat sendiri tetapi tidak bernasib baik,” kata bintang Manchester United itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya