Penyokong England cuba ceroboh masuk stadium - Utusan Malaysia

Penyokong England cuba ceroboh masuk stadium

PENYOKONG England bersorak di luar Stadium Wembley menjelang saingan akhir Euro 2020 antara skuad Three Lions dengan Itali di London.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong England bertindak liar untuk menceroboh masuk ke venue perlawanan akhir Euro 2020 secara ‘haram’ apabila memecahkan kawalan keselamatan di sekitar Stadium Wembley, hari ini.

Terdapat laporan mengatakan segelintir daripada mereka berjaya melepasi kawalan keselamatan dan memasuki stadium, namun tidak diketahui jumlah mereka.

Perlawanan akhir itu yang melibatkan skuad Three Lions dengan Itali merupakan saingan terbesar sejak kali terakhir England mara ke final Piala Dunia sejak 1966, juga di Wembley.

Wartawan Telegraph, Sam Wallace sempat menyiarkan video di Twitter berhubung kejadian tersebut.

 

“Keadaan yang teruk di Wembley. Ia berlaku berhampiran pintu masuk utama Wembley Club beberapa minit lalu.

“Kelihatan sekumpulan penyokong melepasi kawalan keselamatan. Pihak keselamatan bertugas juga sedang mengejar mereka.

“Kurang pasti sama ada mereka berjaya menceroboh masuk atau sebaliknya.

“Boleh lihat ada yang terjun setinggi 20 kaki untuk masuk ke dalam, berhampiran pintu masuk media,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya