Serena terlalu gah pada usia 40 tahun - Utusan Malaysia

Serena terlalu gah pada usia 40 tahun

SERENA WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pada usia menjangkau 40 tahun, 26 September ini, Serena Williams masih gagah dan sukar digugat apabila meneruskan pemburuan kejuaraan Grand Slam ke-24 dengan melangkah ke pusingan keempat tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.

Bintang Amerika Syarikat (AS) yang juga ibu kepada seorang anak itu menewaskan rakan senegara yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Danielle Collins, 6-4, 6-4. Ini kemenangan ke 22 Serena ke atas Collins.

Ini juga kali pertama juara Roland Garros tiga itu kali melangkah ke pusingan keempat sejak 2018, sekali gus menempah pertemuan dengan pilihan ke-21 dari Kazakhstan, Elena Rybakina.

ANASTASIA Pavlyuchenkova (baju putih) melakar kejutan terbesar ke atas Aryna Sabalenka di Roland Garros hari ini.

Kemenangan Serena itu hadir tidak lama selepas pemain No. 4 dunia, Aryna Sabalenka dari Belarus kalah mengejut 4-6, 6-2, 0-6 kepada Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia.

Serena  masih kurang satu gelaran untuk menyamai rekod Grand Slam sepanjang zaman milik legenda tenis Australia, Margaret Court yang memenangi 24 kejuaraan.

“Hari ini sangat sukar tapi saya bermain dengan baik dan tetap fokus. Saya sangat gembira,” kata Serena yang bangkit daripada ketinggalan 1-4 di set kedua.

Selepas pemain No. 1 dunia, Ashleigh Barty terpaksa menarik diri akibat kecederaan, Naomi Osaka berundur kerana kontroversi, Simona Halep tidak menyertai kejohanan dan Sabalenka tewas mengejut, Serena kini dilihat antara calon utama untuk merangkul kejuaraan perseorangan wanita Terbuka Perancis 2021.

Dalam saingan lelaki, pilihan kelima, Stefanos Tsitsipas dan Daniil Medvedev masing-masing menewaskan pemain Amerika John Isner dan Reilly Opelka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.