Penonton Jerman bengang tak boleh masuk Wembley - Utusan Malaysia

Penonton Jerman bengang tak boleh masuk Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong Jerman berang selepas dilarang menonton perlawanan pusingan 16 akhir Euro 2020 menentang England di Stadium Wembley, Rabu ini kerana peraturan Covid-19.

Bagaimanapun tiada simpati daripada penyokong Three Lions kerana larangan itu hadir hanya 24 jam setelah Canselor Jerman, Angela Merkel berusaha melarang rakyat Britain daripada memasuki seluruh Eropah.

Untuk menonton perlawanan dua musuh lama itu, peminat Jerman perlu terbang ke London dari semalam kerana perlu menjalani kuarantin lima hari yang diwajibkan kerajaan England.

STADIUM Wembley akan sunyi daripada sorakan penyokong Jerman apabila dua negara itu bertemu pada pusingan 16 akhir Euro 2020.

Mereka juga akan berdepan kesukaran untuk mendapatkan tiket perlawanan kerana jumlah kehadiran penonton di stadium telah dikurangkan kepada 45,000.

Malah, peminat juga perlu ‘dikurung’ selama dua minggu sebaik saja pulang ke Jerman kerana peraturan ketat negara mereka sendiri yang mewajibkan sesiapa yang tiba dari United Kingdom (UK) menjalani kuarantin Covid-19.

Awal minggu ini, Canselor Merkel mendesak negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mewajibkan semua ketibaan dari UK untuk menjalani kuarantin tanpa mengira mereka sudah dua kali disuntik vaksin bagi menghentikan penyebaran varian Delta.

Akhbar utama Jerman, Bild melaporkan keluhan penyokong dengan memainkan tajuk utama: “Bayangkan Jerman bermain di Stadium Wembley tetapi tidak ada peminat Jerman menonton secara langsung di sana”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.