UKM mahu calar rekod bersih Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

UKM mahu calar rekod bersih Harimau Kumbang

UKM FC mahu mengejutkan Pulau Pinang dalam aksi Liga Perdana malam ini. - IHSAN UKM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kapten UKM FC, Asnan Ahmad mencabar rakan sepasukannya untuk mencalar rekod tanpa kalah Pulau Pinang dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini. 

Asnan mengakui lawan mereka minggu ini bukan calang-calang, malah skuad Harimau Kumbang  semakin hampir menjulang trofi Liga Perdana dan semestinya kemenangan amat didambakan pasukan tersebut.

Pemain berusia 27 tahun ini menyifatkan siapa pun lawan yang akan dihadapi, mereka tidak boleh mudah menyerah selepas kali terakhir meraih kemenangan ketika bertemu Kelantan United sebelum seri dengan Terengganu II, minggu lalu. 

“Kami sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mendapat tiga mata nanti dan bukannya berniat untuk halang Pulau Pinang daripada merebut trofi liga. 

“Jadi tidak kira pasukan mana sama ada mereka di takhta liga atau tidak, objektif utama kami adalah menang dan layak ke Piala Malaysia. 

“Bukan apa, sekarang momentum kami sudah bertambah baik, sekurang-kurangnya kami menang dan seri sebelum ini, dan sebab itu saya harap pasukan dapat menang ke atas Pulau Pinang dan tidak boleh tercicir mata,” katanya.

Kemenangan pasti memberi keselesaan buat skuad kendalian Manzoor Azwira untuk kekal menerajui liga, namun pencabar terdekat Kuala Lumpur pasti mengharapkan UKM melakukan kejutan bagi terus merebut kejuaraan liga.

The City Boys berkongsi 20 mata bersama Pulau Pinang dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol selepas menumpaskan Selangor II 5-4 malam tadi. 

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula akan berdepan Perak II malam ini, dan aksi terakhir minggu ini akan berlangsung esok menyaksikan Kelantan United bertemu Terengganu FC II.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.