Mbappe dihantar pulang kerana Covid-19 - Utusan Malaysia

Mbappe dihantar pulang kerana Covid-19

KYLIAN Mbappe (kiri) bergurau dengan rakan sepasukan, Presnel Kimpembe dalam sesi latihan Perancis di Stade de France, Saint-Denis, Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe terpaksa diketepikan daripada skuad Perancis apabila menentang naib juara dunia, Croatia dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA awal pagi selepas positif Covid-19.

Mbappe yang menjalani latihan pada sebelah petang semalam sebelum keputusan ujiannya diperolehi, adalah pemain Paris Saint-Germain (PSG) ketujuh didapati positif virus berkenaan.

Apab yang membimbangkan, bintang penyerang itu dilihat bersentuhan dan berpelukan dengan rakan-rakan sepasukan ketika sesi latihan.

“Dia diketepikan daripada pasukan selepas menerima keputusan ujian pada hujung sesi latihan sebelum kembali ke rumahnya.

“Seperti pemain lain, Mbappe sudah menjalani ujian sebelum turun dalam perlawanan sebenar. Keputusan yang diperolehi sebelum ini adalah negatif iaitu menjelang pertemuan dengan Sweden di Solna, Sabtu lalu.

Mbappe menjaringkan gol tunggal ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sweden pada aksi pembuka tirai Liga Negara-Negara.

Bagaimanapun, dia sememangnya mahu direhatkan untuk perlawanan bertemu Croatia di Stade de France dengan aksi pertama PSG pada musim baharu Ligue 1 dijadualkan pada Khamis ini bertemu Lens.

Pertemuan dengan Lens sepatutnya berlangsung pada 29 Ogos lalu tetapi ditangguhkan untuk memberi tempoh rehat kepada PSG selepas melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara di Lisbon 23 Ogos lalu yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Bayern Munich. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya