“HARI ini ibu balik lambat sikit… kerja banyak. Tunggu ibu ya,” pesan seorang wanita kepada anak kecilnya sebelum melangkah keluar rumah seperti biasa. Tiada apa yang luar biasa pada pagi itu. Dia mencapai beg tangan, menutup pintu perlahan, lalu melangkah menuju tempat kerja. Namun fikirannya sudah sarat dengan tugasan, sementara hatinya tetap tertinggal di rumah bersama anak-anak yang menanti kepulangannya. Dia keluar bukan sekadar untuk bekerja tetapi untuk menggalas tanggungjawab…










