Kawal ekonomi dengan undang-undang

Kawal ekonomi dengan undang-undang

UNDANG-UNDANG akan membentuk ekonomi dan memastikan keadilan finansial dapat ditegakkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EKONOMI ialah perasaan ‘cinta pandang pertama’ tatkala melihat perempuan jelita manakala undang-undang ialah ‘ibu bapa’ yang menasihati anak mereka supaya menjaga batas sebagai seseorang yang belum ada ikatan perkahwinan. 

Sekiranya perasaan cinta terhadap seseorang tidak wujud, maka nasihat ibu bapa perihal jaga batas sebagai seseorang yang belum berkahwin juga tidak akan wujud. Sememangnya ekonomi dan undang-undang saling memerlukan, namun begitu, secara lazimnya ekonomilah yang wujud dahulu sebelum undang-undang. 

Seperti biasa, sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan idea saya, datangkan hujah dan saya menerima semua pandangan secara terbuka. 

Berbalik kepada teori undang-undang dan ekonomi sebentar tadi. Jika kita telusuri sejarah, ekonomi akan datang dahulu sebelum undang-undang. Apa buktinya? Grab dan Maxim wujud dahulu sebelum rang undang-undang pekerja gig diluluskan. 

Jika tiada grab dan Maxim, adakah undang-undang ini akan dibahaskan di Parlimen? Siapa penguatkuasanya? Siapa yang akan tertakhluk di bawahnya? 

Selain itu, kita lihat pula pada percukaian. Jika tiada apa yang hendak dicukai, mana mungkin wujudnya Akta cukai pendapatan 1967? 

Pastilah perlu wujudnya dulu ekonomi yang membenarkan undang-undang berkenaan cukai ini dikuatkuasakan. 

Maka, apa pula fungsi undang-undang setelah wujudnya ekonomi? Undang-undang akan membentuk ekonomi dan memastikan keadilan finansial dapat ditegakkan. 

Seperti dua orang anak muda yang rebah pada perasaan cinta tadi, nasihat ibu bapalah yang akan mempengaruhi tindakan mereka. Sama ada mereka mencurangi perintah agama dan moral, atau menyanjung adat dan uruf, semuanya dipengaruhi ibu bapa. Begitulah juga dengan ekonomi (cinta) dan undang-undang (ibu bapa). –UTUSAN

 

MUHAMMAD AMIR HADI MAHRIZAL

Tamhidi syariah dan undang-undang (TSU)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×