HARI Akademia Malaysia disambut pada setiap 5 Oktober bagi menghargai jasa dan sumbangan kumpulan akademik di institut pendidikan tinggi (IPT) yang merangkumi tenaga pengajar politeknik, institut perguruan, kolej dan universiti awam dan swasta.
Dalam menghayati sambutan Hari Akademia ini, salah satu isu yang sentiasa mendapat perhatian adalah isu berkaitan dengan kebebasan akademik.
Usaha menambahbaik kebebasan akademik ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Pihak kerajaan harus tampil turun ke padang serta mendengar luahan perasaan para pelajar serta ahli akademik mengenai perkara ini, menilai setiap luahan yang telah diberikan oleh pelajar dan ahli akademik kepada mereka serta mengambil segala langkah yang perlu untuk melakukan proses penambahbaikan terhadap mana-mana perkara yang difikirkan perlu.
Segala perbezaaan pandangan atau pendapat yang wujud perlu dilakukan melalui proses perbincangan dan debat secara ilmiah dan bukannya diselesaikan melalui proses tangkapan, pendakwaan serta hukuman. – UTUSAN
DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)










