Belajar bahasa asing jejas bahasa Melayu dan Inggeris?

Belajar bahasa asing jejas penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris?

PERSAMAAN dan perbezaan bahasa akan membantu pelajar memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mendalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENJAK pengumuman Menteri Pendidikan, Fadliana Sidek mengenai pengenalan pengajaran bahasa asing iaitu bahasa ASEAN, ia mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan kita.

Pelbagai pendapat telah ditimbulkan dan ini merupakan satu polemik bagi perkembangan bahasa di Malaysia.

Namun, untuk mengatakan pembelajaran bahasa asing ini akan mengganggu proses pemantapan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut.

Pembelajaran bahasa asing mungkin akan mengganggu pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dari segi kekeliruan tatabahasa, sebutan dan kosa kota sekiranya terlalu banyak bahasa dipelajari serentak.

Namun jika dilihat dari sudut lain, dengan mempelajari bahasa asing ini, ia akan meningkatkan keupayaan kognitif dan kesedaran metalinguistik secara khususnya. Pelajar juga akan lebih peka tentang persamaan dan perbezaan bahasa yang mana akan membantu pelajar memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mendalam.

Penguasaan bahasa asing yang baik akan memberi impak positif dari segi peluang pekerjaan yang lebih luas dan ini akan meningkatkan daya saing individu dan negara. Ia juga akan memupuk nilai toleransi budaya, kefahaman antara kaum dan rakyat negara lain dan akan memberikan kesan positif seperti menghargai adat, tradisi dan cara hidup bangsa-bangsa.

Dari segi ekonomi, penguasaan bahasa asing akan memudahkan komunikasi dengan pelabur, pelancong dan ini akan menyumbang kepada peningkatan kefahaman sosial dan ekonomi kepada negara. Ia juga akan membentuk pelajar yang berfikiran gliobal dan berkeyakinan tinggi.

Mempelajari bahasa asing mampu menjadikan ia sebagai aset penting untuk negara dan dengan perancangan yang teliti dan keseimbangan pengajaran dan pembelajaran bahasa asing ini tidak akan membantutkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris malahan membantu kepada penguasaan kedua-dua bahasa ini. – UTUSAN

KELANA AHMAD
Pengajar Bahasa Jepun,
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan,
Universiti Sains Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN