Di mana peranan FAM dalam majukan sukan bola sepak?

Di mana peranan FAM dalam majukan sukan bola sepak?

WALAUPUN pemain naturalisasi dan warisan memberi kelebihan kepada negara tetapi kehadiran mereka menyekat pencapaian pemain tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA ini hangat diperkatakan tentang hala tuju Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Ini kerana Bola Sepak Liga Malaysia (Liga M) seperti tiada lagi daya penarik.

Peminat bola sepak sudah tidak berminat untuk ke stadium jika sekadar untuk menonton perlawanan seperti liga kampung.

Jika dilihat, seolah tiada kesimbangan antara satu pasukan dengan pasukan yang lain. Ia susulan satu pasukan akan sering mendominasikan perlawanan dengan kemenangan yang besar sehingga menyebabkan perlawanan menjadi bosan.

Dalam bola sepak atau acara sukan yang lain, kelebihan gol yang ‘terlampau’ menjadi ‘anti klimaks’.

Sedangkan tujuan menonton perlawan untuk melihat sesi serang menyerang antara satu sama lain seperti zaman amatur dan semi-pro dulu. Bukanlah bermaksud hendak kembali era lampau tetapi kita merindui suasana seperti itu.

Ketika ini, negara menyasarkan untuk layak ke Piala Asia 2027 melalui revolusi Harimau Malaysia menyebabkan ramai pemain import dinaturalisasi. Tidak cukup itu, beberapa pemain warisan juga dicari, asalkan bermain dengan kelab luar negara.

Apabila berlaku hal-hal demikian, rakyat mula mempersoalkan peranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pandangan saya, Revolusi Harimau Malaya agak gelojoh dan hendak mendapat kemenangan secara mudah.

Objektif asalnya, sebagai pelapis dan pengganti kepada pemain senior tetapi dengan senario ketika ini dengan ‘kemasukan’ pemain naturalisasi serta warisan hanya menyebabkan pemain tempatan mahupun pelatih akademik layak bermain di peringkat kelab sahaja.-UTUSAN

CIKGU JAMAL
Kuala Rompin,
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN