Bantu OKU melalui pendidikan menyeluruh

Bantu OKU melalui pendidikan menyeluruh

PERKASAKAN golongan OKU intelek melalui latihan pekerjaan dan sokongan komuniti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANG kurang upaya (OKU) intelek adalah individu yang didiagnosis mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang rendah serta kelemahan ketara daripada segi perkembangan seperti masalah pertuturan, pergaulan, penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi dalam komuniti tanpa pantauan daripada penjaga.

Sebagai usaha membantu golongan ini, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif mengadakan program Training of Trainers (TOT): Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek bagi memperkasakan golongan OKU intelek melalui latihan pekerjaan dan sokongan komuniti.

Program ini adalah hasil kerjasama strategik antara USM dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Pusat Transformasi OKU USM – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) USM Kubang Kerian.

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, program ini mencerminkan komitmen universiti untuk menyokong golongan OKU intelek agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Program ini memainkan peranan penting dalam pemerkasaan golongan OKU intelek dan membina jaringan kerjasama yang kukuh antara universiti awam seluruh negara, selain bertujuan memperkasa pemimpin-pemimpin yang mampu mengurus dan mengembangkan Program Latihan Pekerjaan OKU Intelek atau lebih dikenali sebagai VT@USM yang telah dimulakan sejak 2012.

Program VT@USM ini telah berjaya mentransformasikan seramai 120 orang OKU daripada status liabiliti kepada produktiviti.

Mereka kini mampu berdikari, menjana pendapatan sendiri, dan menjadi anggota masyarakat yang aktif menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi.

Dalam program TOT, objektif utama adalah untuk melatih tenaga pengajar dan jurulatih dari PPDK dan institusi pendidikan agar mereka lebih memahami keperluan golongan OKU intelek.

Golongan OKU intelek menghadapi pelbagai cabaran antaranya adalah kurangnya peluang pekerjaan yang sesuai serta stigma masyarakat yang masih belum berubah sepenuhnya.

Selaras itu, TOT ini juga bertujuan untuk mempersiapkan tenaga pengajar dengan pengetahuan dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek teknikal tetapi juga dalam memahami psikologi dan keperluan khusus golongan ini.

TOT ini hanyalah permulaan. Banyak lagi inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memastikan matlamat kita tercapai.

Dengan usaha yang konsisten, program ini akan menjadi model kepada pelbagai inisiatif yang serupa di seluruh negara. Semoga usaha ia memberi manfaat yang besar kepada golongan OKU intelek, bukan sahaja di USM malah di peringkat nasional. – UTUSAN

MARLINA ZAHARI
Universiti Sains Malaysia (USM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×