Tingkat kesedaran pendidikan autisme

Tingkat kesedaran pendidikan autisme

SETIAP individu tidak kira latar belakang mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat jika diberikan sokongan yang sewajarnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

USAHA meningkatkan kesedaran mengenai autisme adalah penting dan perlu diberi perhatian serius oleh semua lapisan masyarakat.

Autisme adalah peluang untuk masyarakat memahami kepelbagaian dalam pembangunan minda manusia yang perlu diraikan, difahami dan diintegrasikan dalam setiap aspek kehidupan.

Setiap individu tidak kira latar belakang mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat jika diberikan sokongan yang sewajarnya.

Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan penting dalam pembentukan minda dan penyelidikan, kami berasa bertanggungjawab untuk turut serta dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai autisme.

Kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam mengatasi segala kekangan dan prejudis yang mungkin wujud dalam masyarakat.

Pada hari ini, kita bukan sahaja membincangkan kepentingan kesedaran autisme, tetapi juga untuk memperkukuh komitmen kita dalam usaha ini.

Ia komitmen yang diberikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor ketika menganjurkan UMS Sunset Autism Run (USAR) 2024 baru-baru ini.

UMS akan terus menjadikan program-program seperti itu sebagai acara tahunan agar ia dapat memberi manfaat kepada komuniti, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di seluruh negara. Kerjasama erat antara pihak universiti, organisasi seperti Sabah Autism Society (SAS) dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi melahirkan sebuah ekosistem yang inklusif dan menyokong perkembangan semua individu, termasuk mereka yang hidup dengan autisme. – UTUSAN

PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT
Universiti Malaysia Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN