MAJLIS Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyambut baik pengumuman kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM200 berbanding kadar semasa RM1,500 sebulan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025. Jumlah kenaikan itu mencerminkan usaha kerajaan yang terus dan senantiasa menitikberatkan aspek pendapatan rakyat, yang menjadi tunjang ke arah kehidupan lebih baik lagi berkualiti. UNI-MLC berpandangan bahawa kenaikan sebanyak RM200 juga patut disambut dengan baik…