Wujudkan jaringan pendidikan antara sekolah

Wujudkan jaringan pendidikan antara sekolah

USAHA mengadakan jaringan pendidikan dengan sekolah-sekolah adalah bagi meneliti aspek prasarana yang ideal bagi sesebuah sekolah. – IHSAN PENULIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 19 Julai yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 telah mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Presint 8(1) yang memberi fokus kepada aspek pengurusan, prasarana (fasiliti) dan sukan etos atau watak sekolah iaitu sukan ragbi yang sangat mustahak terkait dengan usaha untuk memberikan satu pendedahan kepada semua peserta dalam mendapatkan gambaran bahawa prasarana yang lengkap memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keselesaan guru dan murid serta seluruh warga sekolah berada pada tahap optimum. Jaringan dan lawatan penandaarasan bukanlah perkara baharu yang perlu dihairankan namun sesuai dengan peredaran zaman dan keperluan kepada program seumpama ini, usaha yang daapt dilihat sebagai satu usaha bagi memberi pengalaman baharu kepada peserta guru adalah berada pada tahap maksimum.

Bukan sahaja prasarana yang lengkap tetapi mampu dioptimumkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, latihan dan penganjuran sesebuah program, majlis dan acara yang berkaitan dengan pendidikan.

Empat tumpuan utama yang diberikan penekanan terhadap usaha ini adalah bagi memastikan prasarana sedia ada di sekolah yang mempunyai seramai 2,200 orang murid dan 135 orang guru dan kakitangan dapat memenuhi kriteria keselesaan, keselamatan dan keceriaan yang didambakan bagi setiap warga sekolah yang kedudukan demografinya berada di Lembah Klang dan bersebelahan dengan ibu negara Kuala Lumpur. Manakala usaha mengadakan jaringan pendidikan dengan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah bagi meneliti aspek prasarana yang ideal bagi sesebuah sekolah yang berjiran dengan pusat pemerintahan negara ini.

Usaha ini menunjukkan kesungguhan yang utuh terhadap pemulihan dan keperluan sedia ada agar pembaikan dan baik pulih dapat memberikan ruang selesa dan peluang untuk kondisi prasarana sedia ada dapat diberikan perhatian sewajarnya. Usaha ini sangat penting dan kritikal bagi mewujudkan kesefahaman bahawa usaha yang sama dengan pendekatan yang berbeza terhadap prasarana yang baik perlu menjadi keutamaan dalam melaksanakan aktiviti aktiviti pendidikan yang berteraskan kepada dasar pendidikan negara bagi melahirkan individu yang seimbang dalam aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Dengan prasarana yang baik dan selesa maka dapatlah murid-murid memberikan tumpuan terhadap proses pendidikan yang tidak hanya terhad dalam bilik darjah tetapi bahkan kepada aktiviti luar bilik darjah yang menjadi tumpuan dalam sebarang pelaksanaan majlis atau acara yang terkait dengan tujuan pendidikan dan sebagainya.

Empat prasarana yang menjadi keutamaan dalam program penandaarasan tersebut ialah padang sekolah, dewan sekolah, tapak perhimpunan utama dan bilik guru. Keempat-empat prasarana ini merupakan asas utama sesebuah sekolah yang perlu dilihat dalam memastikan keselesaan, keselamatan dan keceriaan dapat dioptimumkan sebagai salah satu prasrana penting sesebuah sekolah dalam melahirkan murid yang aktif. Dalam melahirkan murid yang tergolong dalam golongan anak yang baik lagi cerdik atau ABC. – UTUSAN

MOHD. NASIR ZAKARIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN