670 PIBG mohon peruntukan penyelenggaraan sekolah

670 PIBG mohon peruntukan penyelenggaraan sekolah

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 670 permohonan diterima daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pelbagai jenis sekolah di seluruh negara bagi peruntukan penyelenggaraan sekolah. 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, jumlah tersebut diterima pihaknya menerusi Saluran Khas PIBG Kementerian Pendidikan (KPM) selepas seminggu ia dibuka.

Katanya, sambutan menggalakkan itu menunjukkan kesungguhan PIBG untuk bersama-sama membantu meningkatkan kemudahan dan persekitaran sekolah demi keselesaan murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu PIBG memainkan peranan lebih besar sebagai rakan strategik KPM dalam usaha memastikan kemudahan dan persekitaran sekolah sentiasa berada pada tahap baik.

“Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap hari turut mempunyai pandangan serta maklumat mengenai keperluan dan perkara yang perlu diberikan perhatian di sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, permohonan masih dibuka sehingga 30 November ini. 

“Jadi, kepada PIBG yang belum mengemukakan permohonan, masih ada masa untuk berbuat demikian,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini