Semakin ramai pelajar Malaysia daftar kursus AI

Semakin ramai pelajar Malaysia daftar kursus AI

INI didorong inisiatif seperti Hala Tuju AI Kebangsaan (National AI Roadmap) 2021-2025 dan Hala Tuju Bakat AI (AI Talent Roadmap) 2024-2033. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMPENA Hari Penghargaan Kecerdasan Buatan (AI) pada 16 Julai, Coursera, salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia, mendedahkan dapatan daripada Laporan Kemahiran Global ke-6, berdasarkan data daripada lebih 148 juta pelajar sedunia dan indeks ekonomi terkemuka.

Laporan ini mendedahkan peningkatan sebanyak 806 peratus tahun ke tahun (YoY) dari segi pendaftaran kursus AI Generatif (GenAI) dalam kalangan pelajar Malaysia, menonjolkan kesediaan rakyat untuk mengasah kemahiran GenAI.

Di rantau Asia Pasifik, Malaysia menduduki tempat ke-12 dari segi penguasaan kemahiran. Di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat keempat, diikuti oleh Thailand, Kemboja, Filipina dan Myanmar.

Didorong oleh inisiatif seperti Hala Tuju AI Kebangsaan (National AI Roadmap) 2021-2025 dan Hala Tuju Bakat AI (AI Talent Roadmap) 2024-2033, Malaysia menyasarkan untuk memperkukuh ekosistem AI melalui kerjasama latihan dan penyelidikan.
Kursus GenAI utama yang semakin popular di Malaysia merangkumi Google Cloud’s Introduction to Generative AI, Google AI Essentials, dan Generative AI for Everyone by DeepLearning.AI. Kursus-kursus ini menonjolkan dedikasi pelajar Malaysia untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi, sekaligus mempertingkatkan daya saing digital global negara.

Di Malaysia, pengggunaan GenAI adalah mengikut generasi dengan golongan milenium mendahului aspek kemahiran semula (reskilling) pada kadar 48 peratus, diikuti dengan Gen X pada kadar 32 peratus dan Gen Z pada kadar 16 peratus.

Trend ini menunjukkan bahawa pengurusan peringkat pertengahan hingga atas memacu inisiatif pemahiran semula, seperti yang dibuktikan melalui pendaftaran yang memberangsangkan dalam kursus GenAI merentasi pelbagai kumpulan umur dan pekerjaan: pengarah (25%), peranan kepimpinan pengurusan (22%), penyumbang individu jawatan kanan (20%), penyumbang individu jawatan junior (18%), pengurusan eksekutif (6%), dan pelatih (5%).

Permintaan yang melonjak untuk kursus GenAI dalam kalangan pelajar Malaysia di Coursera menunjukkan daya tahan dan semangat berfikir terkehadapan yang menjadi keperluan untuk berkembang maju dalam dunia yang didorong oleh perubahan teknologi yang pesat.

Saat ledakan revolusi GenAI bermula, ini meninggalkan kesan terhadap landskap pekerjaan yang sentiasa berubah, sekaligus menekankan keperluan dalam pelaburan modal insan. Malaysia mempamerkan sinergi yang mantap antara industri, ahli akademik, dan kerajaan untuk mengasah kemahiran digital dan manusiawi yang diperlukan untuk membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing dan saksama.

Laporan ini juga menonjolkan peningkatan sebanyak 97 peratus tahun ke tahun bagi pendaftaran Sijil Profesional dalam kalangan pelajar Malaysia, yang paling popular di Coursera ialah Google Data Analytics, Google Project Management, Google Marketing & E-commerce, menekankan trend bahawa individu semakin beralih kepada kelayakan mikro dalam talian untuk mendapatkan pekerjaan baharu dan memajukan kerjaya masing-masing.

Komuniti pembelajaran di Malaysia sangat pelbagai dan terangkum, dengan wanita membentuk 46 peratus daripada jumlah populasi pelajar.

Dalam STEM, 34 peratus pelajar, terdiri daripada wanita, menonjolkan kehadiran wanita yang semakin meningkat dalam bidang yang sebelum ini didominasi oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, dalam kursus berkaitan GenAI, 71 peratus pelajar terdiri daripada lelaki dan 29 peratus sahaja wanita. – UTUSAN

RAGHAV GUPTA
Pengarah Urusan Asia Pasifik Coursera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×