Katakan tidak kepada plastik

Katakan tidak kepada plastik

PEMBUANGAN plastik bukan hanya merosakkan pandangan tetapi memberi kesan terhadap alam sekitar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMPENA Hari Bumi Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa larangan penggunaan plastik sekali pakai. Larangan ini selari dengan tema sambutan Hari Bumi Sedunia iaitu, Planet vs Plastik.

Pun begitu, usaha untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali guna hanya menemui kegagalan sekiranya tiada tindakan konkrit daripada pelbagai pihak untuk bekerjasama dan memerangi salah satu cabaran alam sekitar yang paling hebat ketika ini. Kita perlu menyelamatkan planet ini.

Pengguna Malaysia mempunyai tabiat meminta atau menuntut lebih banyak plastik sekali pakai atau pakai buang dari pasar dan gerai serta menggunakan utiliti plastik seperti cawan, straw, kutleri dan botol air dalam kebanyakan acara termasuk ketika perhimpunan, perayaan parti dan sebagainya.

Pada 2016, purata rakyat Malaysia menggunakan 300 beg plastik setahun.

Plastik sekali pakai menyebabkan banyak isu ekologi dan alam sekitar. Menghapuskan plastik sekali guna adalah langkah untuk mengurangkan jumlah sisa dan pencemaran dalam jangka panjang.

Plastik sekali guna mudah difahami. Ia merujuk kepada pembungkusan plastik yang tidak boleh digunakan semula dan mungkin atau mungkin tidak dikitar semula bergantung pada jenis bahan plastik.

Langkah bijak yang boleh diambil untuk menjalani gaya hidup murni adalah dengan mengambil perhatian tentang pembungkusan plastik dan berikrar untuk tidak membeli produk yang melibatkan plastik sekali guna.

Plastik tidak terbiodegradasi akan bertukar menjadi mikroplastik yang bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada hidupan marin tetapi apabila plastik mikro ini membebaskan bahan kimia toksik, ia boleh mengganggu hidupan tumbuhan dan tisu haiwan.-UTUSAN

N.V.SUBBAROW
Pegawai Pendidikan Kanan CAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN