Bersabar semasa memandu bantu mengurangkan kemalangan jalan raya

Bersabar semasa memandu bantu mengurangkan kemalangan jalan raya

KEMALANGAN jalan raya boleh dikurangkan, malah dihapuskan dengan bersikap sabar dalam pemanduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMANDU secara berhemah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian serius oleh setiap pemandu ketika mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman.

Namun, realitinya, setiap tahun berlaku ribuan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan serius. Kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan ini berpunca daripada sikap kurang bertanggungjawab dalam kalangan pemandu.

Penting untuk disedari bahawa setiap kemalangan yang berlaku tidak hanya memberi kesan kepada individu terlibat, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Contohnya, kemalangan boleh menyebabkan kesesakan trafik.

Kita semua perlu mengambil tanggungjawab dalam mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya dengan mempraktikkan pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang. Hal ini melibatkan kesabaran, berhemah dan peka terhadap keselamatan diri sendiri serta orang lain.

Sepanjang musim perayaan, trafik mungkin menjadi lebih sesak daripada biasa. Oleh itu, pemandu perlu mengubah sikap dengan mengambil pendekatan yang lebih berhemah ketika memandu.

Kemalangan jalan raya boleh dikurangkan, malah dihapuskan dengan bersikap sabar dalam pemanduan. Kesabaran membantu mengurangkan keghairahan dan tekanan semasa di jalan raya sekali gus membolehkan pemandu bertindak dengan lebih berhemah dan prihatin terhadap keadaan sekeliling.

Dengan mempraktikkan kesabaran, pemandu cenderung untuk memberi perhatian penuh terhadap pemanduan, menilai risiko dengan lebih berkesan selain memberi ruang lebih kepada pemandu lain.

Mari kita bersama-sama memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini berlangsung dengan aman dan damai serta memberi kesan positif kepada semua pihak yang terlibat.-UTUSAN

AZIZUL AZUDIN AZIZUL RAHMAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×