Mana laungan sokong Palestin di Malaysia?

Mana laungan sokong Palestin di Malaysia?

SENSITIVITI terhadap Palestin semakin kurang dan kurang sambutan di media sosial. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASYARAKAT perlu mengambil tempat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam mengambil hak yang dirampas atas tanah mereka.

Sungguh mereka bercita-cita besar walaupun telah diancam dengan kematian tapi masih tetap dengan hal dan tanah air mereka dalam negara mereka.

Masyarakat juga memainkan peranan dalam menyemat semangat dalam keluarga mereka dan anak-anak mereka. Namun, sensitiviti terhadap Palestin semakin kurang dan kurang sambutan di media sosial.

Baru-baru terjadi kejadian saman yang dikeluarkan oleh syarikat francais yang dikatakan penyokong kuat bagi Israel kepada gerakan-gerakan yang menyatakan slogan boikot kepada syarikat yang terlibat dengan negara penganas tersebut.

Ini menyatakan bahawa perpaduan dan bersatunya negara Islam dapat memberikan kesan yang besar kepada musuh-musuh yang menyerang Islam.

Ada sebahagian daripada masyarakat memandang isu-isu Palestin ini tidak begitu besar memandangkan ia isu yang melibatkan negara berkenaan.

Isu ini bukanlah sebuah cerita seperti perang-perang yang sedia ada seperti perang dunia tapi isu ini adalah menyentuh sensitiviti pada umat Islam sekarang.

Ada pihak menyatakan mereka dianiaya disebabkan pihak Palestin membuat serangan terlebih dahulu tetapi apabila melihat kembali sejarah, Palestin mempunyai kedudukan tersendiri sebelum dijajah oleh pihak Israel.

Maka tiada istilah yang menyatakan pihak Palestin yang memulakan peperangan pada tarikh 7 Oktober 2023. Palestin telah lama dijajah dan berlaku banyak pembunuhan ke atas rakyat-rakyatnya.

Ramai mahasiswa dan penduduk Palestin yang tinggal di Malaysia kehilangan ahli keluarga mereka. Terdapat sebuah kisah yang menyedihkan apabila sebuah keluarga dari Palestin yang telah menamatkan program doktor falsafah di Univerisiti Sains Islam Malaysia (USIM) terkorban akibat daripada pengeboman Israel.

Mereka merupakan sepasang suami dan isteri yang menamatkan pengajian doktor falsafah dan bergraduasi pada 12 Oktober lalu tapi mereka tidak sempat untuk merasai harihari bergelar graduan apabila terkorban akibat dari kekejaman Israel.

Kita tidak tahu tentang yang berlaku pada masa akan datang. Barangkali ada dalam kalangan kita yang merasai kehilangan tersebut.

Rakyat Palestin tidak mampu untuk mencapai sebuah cita-cita yang diimpikan sebagaimana orang lain. Kehidupan mereka penuh dengan kejutan yang menjadikan mereka kuat pada hari ini. Di kala mereka sudah merancang untuk menjadi seorang yang hebat tetapi impian tersebut seperti mustahil bagi seorang yang nampak akan hidupnya hanya untuk syuhada.

Ada satu masa pernah terfikir bagaimana mereka hendak memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka dengan keadaan kemudahan sebuah sekolah yang cukup terbatas.

Sebagai seorang jiran, kita perlu menyatakan rasa ihsan terhadap jiran di sebelah kanan, kiri, hadapan mahupun belakang.

Perkara ini adalah tanggungjawab kebersamaan dalam menentukan sifat manusiawi untuk kita menghadapi semua pihak yang melibatkan hak seseorang individu. – UTUSAN

MOHAMAD YUSUF AZMAN
Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya