Umat Islam perlu henti bergantung pada AS dalam urusan ekonomi

Umat Islam perlu henti bergantung pada AS dalam urusan ekonomi

LANGKAH membebaskan Baitulmuqaddis dari cengkaman Zionis bukan hanya sekadar berdoa kerana ia tidak mencukupi. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Hamas memberi kejutan terhadap Israel melalui serangan pada pagi 7 Oktober lalu. Serangan itu dinamakan Taufan Al-Aqsa kerana ia seperti taufan yang datang secara mengejut dan tidak dapat dijangka.

Taufan memiliki sifat ganas, iaitu melanggar semua yang ada di hadapannya seperti perjuangan mujahidin. Mereka tidak kisah nasib bakal dialami dan berani berhadapan dengan ancaman yang datang menghalang.

Langkah membebaskan Baitulmuqaddis bukan hanya sekadar berdoa kerana ia tidak mencukupi. Namun, berdoa itu adalah satu permulaan.

Antara langkah boleh dilaksanakan adalah menyedarkan umat Islam di seluruh dunia akan kepentingan Palestin dan Baitulmuqaddis. Pembebasan Baitulmuqaddis boleh berlaku sekiranya negara-negara Islam menghentikan hubungan normalisasi dengan Israel.

Umat Islam juga mesti tidak terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya terutama dari segi ekonomi.

Tidak bekerjasama dalam bidang itu adalah umpama sekatan ekonomi terhadap AS dan sekutunya supaya negara-negara terbabit tidak terus membantu rejim Israel dari segi kewangan dan persenjataan.

Akhir sekali, kita perlu meningkatkan kerjasama sesama negara Islam melalui pertubuhan setempat dan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kita tidak akan melupakan matlamat ini jika sentiasa menjauhkan diri daripada aktiviti yang bersifat melalaikan.-UTUSAN

AHMAD IZZUDDIN MOHAMED dan PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya