Perlu serius martabat bahasa Melayu

Perlu serius martabat bahasa Melayu

PENJAWAT awam perlu memastikan setiap urusan rasmi jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam yang disertakan bersama surat edaran bertarikh 9 Ogos 2022 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah.

Ia mengarahkan ketua jabatan supaya memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendapat pekeliling itu wajar dilaksana dan dipatuhi oleh semua pihak tanpa ada kompromi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kemajmukan kaum, agama dan budaya yang mencorakkan sifat kependudukan. Ini menjadi cabaran unik ke arah kemampanan perpaduan dan identiti nasional melalui perantaraan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan.

Oleh itu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sejak kemerdekaan negara pada 1957.

GPMS ingin menegaskan bahawa perkhidmatan awam sepatutnya menjadi tulang belakang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan rasmi. Penegasan ini selari dengan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan agar urusan rasmi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam menggunakan bahasa Melayu.

Justeru, persediaan dan tindakan proaktif seperti menyediakan kemudahan, perkhidmatan penterjemahan serta peruntukan kewangan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan arahan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dapat dilaksanakan.

Dengan langkah yang proaktif jabatan-jabatan kerajaan, ia akan menjadi contoh kepada rakyat dan juga sektor swasta untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hanya dengan cara ini, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dapat diterjemahkan dan dilaksanakan dengan berjaya.-UTUSAN

MUHAMMAD ASREE ABDUL AZIZ
Setiausaha Agung GPMS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya