Setiap orang alami QLC

Setiap orang alami QLC

MENYERTAI komuniti tertentu dan mencari orang yang membuat diri termotivasi dan terinspirasi akan menjauhkan diri seseorang daripada krisis kehidupan kuartal (QLC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pernahkah anda mendengar krisis kehidupan kuartal (QLC)? Sama ada sedar atau tidak, hampir semua orang yang berumur 20-an sehingga awal 30-an mengalaminya.

QLC adalah salah satu fasa kehidupan ketika seseorang mempunyai kebimbangan tentang masa depannya. Terdapat beberapa perkara boleh menyebabkan seseorang mengalami QLC, antaranya keraguan mengenai masa depan dan keliru tentang apa yang perlu dilakukan dengan kehidupan.

Ia juga disebabkan sukar menentukan sama ada perlu hidup mengikut kehendak sendiri atau tuntutan keluarga dan masyarakat, kurang motivasi dalam melakukan aktiviti, cemburu dengan rakan sebaya yang berjaya dan terperangkap dalam kebimbangan tiada kesudahan.

Menurut penyelidik dan pensyarah psikologi dari Universiti Greenwich, London, Dr. Oliver Robinson, terdapat empat fasa dalam QLC.

Pertama, perasaan seperti terperangkap dalam situasi sama ada pekerjaan, perhubungan atau sesuatu yang lain. Kedua, mengharapkan perubahan dalam kehidupan. Ketiga, mula membina semula kehidupan baharu. Keempat, mengukuhkan komitmen seperti aspirasi, motivasi dan matlamat.

Seseorang tidak sepatutnya membiarkan dirinya terperangkap dalam krisis emosi kerana ia akan menghalang proses seseorang mencapai impian. Jadi, apa yang perlu dilakukan bagi menangani masalah ini?

Jangan Bandingkan Diri
Anda boleh melihat kejayaan orang lain sebagai motivasi untuk memacu semangat diri tetapi tidak untuk membuatkan anda berasa gagal kerana jalan cerita hidup setiap orang berbeza.

Sabar Dengan Proses
Setiap manusia mempunyai rezeki dan kejayaan masing-masing bergantung kepada usaha dan konsistensi dalam mencapainya.

Lakukan Perkara yang Membuatkan Anda Selesa
Lakukan perkara yang membuatkan anda selesa sama ada mendengar muzik atau membaca.

Jangan memaksa diri untuk melakukan perkara yang membuatkan anda tidak selesa. Anda hanya perlukan ketenangan dan keyakinan bahawa semua akan sentiasa dalam keadaan baik.

Bertindak
Cuba lebih fokus pada perkara yang positif dan mula lakukan sesuatu.

Cari Motivasi
Motivasi boleh diperoleh dari mana-mana sahaja sama ada rakan, buku, filem atau menyertai komuniti. – UTUSAN

ANDI EKA RAMADHANI
Pelajar Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya