YB Nurul Syazwani boleh menjadi anak atau kakak

YB Nurul boleh menjadi anak atau kakak

NURUL Syazwani (empat dari kanan) bergambar bersama penduduk semasa menghadiri program korban di kawasan DUN Permatang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIADA rasa kekok atau janggal sewaktu saya bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh baru-baru ini. Tutur katanya, cukup bersahaja dan pertemuan dengannya betul-betul santai, macam kawan-kawan.

Apatah lagi dengan umurnya yang masih muda, anak jati Tanjung Karang ini mempunyai gaya pemikiran lebih terbuka dengan mengikut arus terkini.

Bagi wanita yang sudah berkeluarga ini, tidak perlu ada sempadan atau sentimen politik apabila membincangkan hal-hal kebajikan rakyat lebih-lebih lagi di kawasan DUN Permatang yang majoritinya penduduk kampung.

Dirinya lebih selesa mendekati semua penduduk di kawasan itu menerusi majlis kenduri atau acara sukan mahupun program-program rakyat.

Malah, beliau adakalanya umpama ‘anak’ bagi generasi tua dan menjadi ‘kakak’ untuk golongan muda apabila pulang ke DUN Permatang.

“Pemimpin generasi baharu dan muda perlu lebih terbuka serta matang terutama apabila masuk ke kawasan lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis kenduri. Jangan letakkan sempadan dan anggap mereka umpama ibu atau saudara mara.

“Kita perlu buatkan mereka rasa lebih dekat, lepak santai dengan anak muda atau dengan orang tua. Saya rasa itu cara itu ada sentuhan lebih dekat dan mudah,”katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Biodata Nurul Syazwani Noh 
Umur: 36 Tahun
Status: Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak
Pendidikan:
 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang UiTM
 Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan Victoria University, Melbourne
 Sijil Amalan Guaman (CLP)
Jawatan:
ADUN Permatang, Selangor

Jawatan:
 ADUN Kukup
 Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional DUN Johor
 Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Menurut Nurul Syazwani yang memenangi kerusi DUN Penambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, beliau sama sekali tidak menjadikan pengaruh bapa untuk meraih sokongan di DUN berkenaan.

 

Sebaliknya, beliau mempunyai cara tersendiri dalam memastikan penduduk DUN Permatang menerima manfaat secara berterusan.

“Akiviti wajib memang ada iaitu turun padang setiap Jumaat atau Rabu. Biasanya kita pergi menziarahi penduduk yang sakit, warga emas atau meninggal dunia.

“Untuk hujung minggu pula, saya banyak menghadiri majlis kenduri atau program rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nurul Syazwani berkata, DUN Permatang yang turut menyumbang kepada sektor pelancongan mempunyai tarikan seperti inap desa di kawasan sawah.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tanjong Karang dalam masa sama turut menyokong aktiviti-aktiviti lasak seperti kenderaan pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) di kawasan berhampiran.

Selain itu katanya, kawasan tersebut mempunyai produk industri kecil dan sederhana (IKS) terutama penghasilan makanan seperti kerepek memberio peluang penduduk untuk meningkatkan pendapatan.

Menyentuh tentang isu berkaitan dengan kemasyarakatan dan kemudahan, Nurul Syazwani mempunyai misi dan visi jelas selepas hampir setahun memegang jawatan sebagai ADUN di Permatang.

“Kita beri fokus kepada isu geran tanah di Kampung Baru Pasir Penambang dan isu perumahan di lima ladang.

“Saya turun ke kawasan bersama Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V.Paparaidu untuk bersama-sama mengatasi masalah ini,” jelasnya.

Dari segi kebajikan, Pejabat DUN Permatang sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan penduduk setempat seperti bantuan makanan dan kemudahan asas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN