KITA sering merungut, semakin meningkat dewasa, semakin kita tidak boleh bergembira seperti dahulu, sedangkan semasa kecil, kita sering bercita-cita ingin menjadi dewasa dan lari daripada kepompong sekolah. Sekolah, pelajaran dan guru-guru dianggap ‘anasir jahat’ yang mengganggu gugat kehidupan harian. Jika difikirkan semula rakan-rakanlah punca untuk menarik minat seseorang kanak-kanak untuk terus ke sekolah. Jika ada yang benar-benar pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu, hanya segelintir sahaja. Boleh dikatakan kanak-kanak yang…