PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memenuhi harapan pelbagai pihak di peringkat akar umbi apabila melantik Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, seorang tokoh korporat berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai Menteri Kewangan II. Banyak pihak sebelum ini mendesak Anwar mewujudkan semula jawatan itu bagi membantu beliau sebagai Menteri Kewangan untuk mengukuhkan ekonomi negara dan melaksanakan pelan transformasi ekonomi memandangkan keadaan kewangan cukup mencabar dengan hutang negara mencecah…










