DATUK Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri yang paling terbuka mengenai kebebasan akademik. Ketika Dialog Anak Muda – Temu Anwar pada 19 Mac lalu, Anwar menyebut bahawa keputusan kerajaan perpaduan adalah untuk memberi kebebasan akademik. Anwar juga memberi jaminan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan. Sebelumnya, Anwar ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan pelajar antarabangsa oleh Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman…