Pelancong temukan fosil 'naga laut' usia 174 tahun - Utusan Malaysia

Pelancong temukan fosil ‘naga laut’ usia 174 tahun

FOSIL ‘naga laut’ (gambar kecil) ditemukan di pantai Dorset. - BridportMusuem/BNPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang pelancong dari Belgium menemukan fosil reptilia laut gergasi, ichthyosaur, yang dianggarkan berusia 174 juta tahun ketika bersiar-siar di pantai Dorset, Britain.

Michel Plissart dan Carine Christens menemukan fosil itu ketika berjalan di pantai berhampiran Bridport selepas terlihat lapisan batu yang timbul dari permukaan pasir.

Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa serpihan tulang terjulur keluar dari lapisan batu pasir yang terdedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penemuan itu bukan sahaja membabitkan fosil ichthyosaur yang jarang ditemukan.Malah, fosil itu adalah spesies  paling muda pernah ditemukan di United Kingdom (UK).

Ichthyosaur ialah reptilia laut bersaiz besar yang bernafas menggunakan paru-paru dan menyerupai ikan lumba-lumba. Haiwan itu menguasai lautan sejak kira-kira 250 juta tahun lalu.

Pakar sains dari Universiti Bristol menganggarkan reptilia gergasi yang digelar ‘naga laut’ itu hidup kira-kira 174 juta tahun lalu berdasarkan usia tulangnya.

Ichthyosaur digelar naga laut kerana haiwan purba itu lazim­nya mempunyai gigi dan mata yang sangat besar. 

Haiwan itu dipercayai masih berkeliaran di perairan sekitar Britain kira-kira sembilan juta tahun selepas peristiwa bencana yang dipercayai saintis menyebabkan kepupusan spe­sies itu.

Ahli paleontologi di Pusat Warisan Pantai Charmouth, Phil Davidson terkejut kerana kawasan pantai dikunjungi pasangan pelancong itu bukan lokasi yang terkenal dengan penemuan fosil ichthyosaur.

“Saya agak terkejut dan ka­gum kerana tidak menyangka penemuan seperti itu boleh ditemukan di situ,” katanya.

Kawasan pantai berkenaan terdiri daripada formasi batuan. Ia dikenali sebagai Formasi Bridport Sands, yang berusia sehingga 20 juta tahun lebih muda berbanding lapisan batuan yang biasanya mengandungi fosil ichthyosaur.

Ichthyosaur mula muncul pada zaman Trias, hasil evolusi reptilia yang nenek moyangnya kembali ke laut selepas hidup di darat selama jutaan tahun.

Banyak fosil ichthyosaur te­lah ditemukan di seluruh dunia. 

Namun, di United Kingdom (UK), kebanyakannya ditemukan di sepanjang Pantai Jurassic, iaitu kawasan pesisir sepanjang 144 kilometer  di selatan England.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini