BELANJAWAN 2024 menyaksikan industri sukan tempatan memperoleh peruntukan keseluruhan RM184 juta. Jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding tahun ini, iaitu RM399 juta, agak menyedihkan di saat ingin mencapai sasaran atlet pertama kit memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris, tahun hadapan. Sukan bukan sekadar aktiviti rekreasi atau hiburan semata-mata, ia adalah unsur penting dalam pembangunan sebuah negara. Sejak zaman kuno, sukan menjadi tonggak dalam mewujudkan masyarakat sihat, aktif dan maju.…










