ANTARA tugas utama Institut Agro Usahawan (IGROW) yang saya terajui adalah memastikan usahawan yang dilahirkan akan terus berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Selain memantau graduan kami, IGROW turut mewujudkan komuniti sekuriti makanan di seluruh negara. Begitulah tugas saya lebih 15 tahun bersama graduan dan komuniti yang kami cetuskan. Sepanjang tempoh tersebut, saya sentiasa diberi maklumat dan maklum balas secara langsung terutama di peringkat lapangan secara individu dan kolektif.…










