FASAL (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Peguam Negara dalam hal pendakwaan, iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan (selain prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera). Kuasa budi bicara Peguam Negara tersebut yang tidak boleh dipersoalkan merupakan prinsip undang-undang mantap (trite law) telah diputuskan secara konsisten dalam kes-kes mahkamah tertinggi di negara ini seperti dalam kes-kes Long…










