PULAU Pinang mempunyai sempadan dengan Kedah di sebelah utara dan timur serta bersempadan dengan Perak di sebelah selatan, manakala sempadan laut Selat Melaka bagi tanah bahagian pulau. Pada asalnya batu sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang terletak di Kampung Paya Sementol, Pinang Tunggal, Seberang Perai. Batu sempadan itu dipercayai dibina oleh British dan Siam sekitar 1831, masih lagi wujud sehingga sekarang. Bagaimanapun, pada 1985, kawasan sempadan antara Kedah dan Pulau…










