MARI kita menyusur sungai sejarah ketamadunan manusia, bermula dari empat ketamadunan awal iaitu Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Huang He (Huang Ho). Diikuti ketamadunan Yunani, Islam seterusnya meliputi semua perkara yang menyerkup penghidupan manusia hingga dewasa ini. Begitupun, saya akan membincangkan hal-hal mutakhir termasuk pengalaman diri ini dalam pentadbiran negara. Kolum bernama Jalar Fikir dari akar fikir yang bertunjangkan daya fikir, iaitu menjemput pembaca untuk sesama menggunakan akal fikiran dalam…










