Pada 5 September lalu, Tan Sri Annuar Musa memuji Pas kerana telah mengambil langkah strategik apabila mengisytiharkan dasar meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam muktamarnya. Kata Annuar, pendirian Pas harus dilihat secara positif dan terbuka kerana strategi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu digarap rapi dan bukan atas dasar emosi atau kepentingan diri. Tambah Annuar, UMNO perlu menang dan terus memimpin, dan peranan ini akan hilang jika…










