SETELAH hampir enam dasawarsa penubuhan Malaysia, satu soalan yang selalu ditanya ialah sudahkah rakyat secara umumnya memiliki jati diri kebangsaan yang boleh dibanggakan? Sehubungan ini, ia merupakan ciri, kepercayaan dan perwatakan boleh dikenal pasti dengan mudah pada semua warganegara yang sepatutnya dapat dengan cepat membezakan rakyat Malaysia dengan rakyat negara lain. Sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnisiti, sudah tentu kita tidak dapat dikenal pasti dengan mudah dan cepat…










