DETIK paling bersejarah setakat ini dalam perkembangan moden bahasa Melayu ialah penggunaannya dalam penyampaian ucapan oleh Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-77. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun kita sudah lama menjadi ahli PBB sejurus sahaja selepas mencapai kemerdekaan pada 1957. Walaupun PBB menetapkan enam bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Perancis, Russia dan Sepanyol sebagai bahasa rasmi, ia sama sekali tidak melarang penggunaan bahasa lain…










