SEORANG saudagar muda dari Tamralipta (Bengal, India) perlu pergi ke Kataha (Kedah Tua) untuk urusan perniagaan. Isterinya cemburu dan bimbang kalau-kalau saudagar itu tergoda dengan wanita tempatan. Tentu sahaja kisah ini menarik perhatian kita kerana cerita rakyat India itu menyentuh tentang Kedah Tua. Kita biasanya merujuk Hikayat Merong Mahawangsa untuk mengetahui asal-usul kerajaan Kedah. Sebagai tambahan, karya seperti Pattinappalai, Silappadikaram, Kathasaritsagara, Kaumudi Mahotsava dan Perunkathai dari India diakui oleh pensyarah…










