Meneruskan agenda kelas dunia - Utusan Malaysia

Meneruskan agenda kelas dunia

PARA pelajar yang sedang menuntut di Universiti Limkokwing kampus London, United Kingdom.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sangka jenama Limkokwing yang suatu ketika dahulu asing buat umum kini sudah mula gah di persada antabangsa.

Pengasas Universiti Limkokwing, mendiang Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Lim Kok Wing juga tidak pernah jemu untuk memperkukuhkan institusi pendidikan itu setanding universiti terkemuka antarabangsa sepanjang hayat beliau. Mendiang juga Presiden universiti itu, meninggal dunia pada usia 75 tahun, Jun lalu merupakan individu yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif di peringkat global dan tempatan.

Kini legasi Universiti Limkokwing yang sinonim dengan bidang kreativiti dan pendidikan inovatif di peringkat global dan berdaya saing dalam pascapandemik ini diteruskan oleh saya dan abang, Datuk Seri Timothy.

Agenda saya dan Timothy sama dengan bapa, iaitu memperkasa belia dan orang muda, maka tidak hairan Universiti Limkokwing bakal menjadi tumpuan semula graduan untuk menimba ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan profesional.

Ketika ini, industri pendidikan di negara ini sedang berubah secara dinamis dan dikira mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21 era pasca Covid-19. Perkara ini sudah pun berada dalam tumpuan Universiti Limkokwing bagi menempuh cabaran mendatang dalam melaksanakan langkah-langkah pemulihan pendidikan semula selepas negara bebas daripada Covid-19.

Bukan itu sahaja, Universiti Limkokwing juga antara institusi pendidikan tempatan yang cuba memenuhi matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ini. Ke arah itu memerlukan Universiti Limkokwing meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia bagi memperoleh status pendidikan kelas dunia.

Keupayaan untuk menstabilkan universiti dan mewujudkan suasana pendidikan antarabangsa yang baharu menerusi pelajar terdiri dari pelbagai negara juga menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia sekali gus menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara. Usaha yang dilakukan oleh Universiti Limkokwing era penambah baik sistem pendidikan ini secara tidak langsung membantu mempromosikan pendidikan khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kelayakan yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.

AFRIKA

Bukan itu sahaja, komitmen yang dipamerkan oleh Universiti Limkokwing akan meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan penjenamaan baharunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa sekali gus mampu mencapai misi dan visinya tersendiri bagi membantu dan mempromosikan sistem pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendidikan berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak yang terlibat perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti demi kemajuan dan perubahan.

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, maka Universiti Limkokwing mengorak langkah awalnya untuk menjadi peneraju pendidikan bertaraf antarabangsa termasuk menjalin semula kerjasama dengan beberapa negara dalam melebarkan sayap ke seluruh dunia. Usaha Universiti Limkokwing mencipta nama di persada antarabangsa dalam setahun ini mula digiatkan dan diharap dapat meningkatkan nama kami sebagai jenama global di Afrika dan standing dengan universiti antarabangsa bagi membantu memperkasakan pendidikan negara.

Jika dilihat dari perspektif yang luas, sumbangan Universiti Limkokwing amat besar dalam usaha membudayakan pendidikan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Buktinya, pelbagai kempen pernah digerakkan oleh Universiti Limkokwing dengan kerajaan antaranya kempen antimerokok Tak Nak dan mempromosikan program Rakan Muda serta Satu Hati, Satu Negara dan 1Malaysia.

Segala perubahan dan pembaharuan dilakukan oleh Universiti Limkokwing hari ini bagi menjamin bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dapat dicapai selain menambaik baik semula sistem dalam era Covid-19.

DATUK Tiffanee Marie Lim ialah Naib Presiden Kanan Universiti Limkokwing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×