SEPERTI dijangka, perjanjian tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) atau AUKUS segera dipersoal oleh China. Perjanjian terbaru tiga negara yang memberi Australia akses kepada teknologi kapal selam nuklear itu diselar oleh China sebagai langkah amat tidak bertanggungjawab dan mendatangkan bahaya kepada kestabilan rantau ini. China turut mengutuk AS yang dianggapnya bertindak bodoh menembak kakinya sendiri selain menyelar Australia sebagai bertindak secara bermusuh terhadapnya mengenai beberapa isu kebelakangan ini termasuklah isu pandemik, keselamatan rantau ini dan perdagangan rentas negara. Pada Khamis lalu (16 September), jurucakap Kementerian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya