Lagi kemalangan lori di Persiaran Mokhtar Dahari

Lagi kemalangan lori di Persiaran Mokhtar Dahari

Persiaran Mokhtar Dahari
SEBUAH lori terbalik akibat hilang kawalan dan terbabas dekat susur masuk ke kawasan pusat perniagaan Alam Budiman, di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah lagi lori membawa muatan bahan binaan terbalik ketika menuruni bukit di Persiaran Mokhtar Dahari, di susur masuk Alam Budiman, di sini, hari ini.

Lori berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam dipercayai pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas di laluan masuk ke kawasan pusat perniagaan Alam Budiman.

Pengerusi Persatuan Penduduk Greenhill Residence, Mohamad Zailani Johari berkata, lori tersebut kemudian terbalik selepas melanggar pembahagi jalan menyebabkan muatan batu bertaburan di atas jalan di hadapan sebuah restoran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi dan pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit.

“Kejadian itu adalah kemalangan yang seterusnya membabitkan sebuah lagi lori selepas yang pertama berlaku pada 9 Oktober lalu.

“Bomba sudah tiba dan berusaha untuk mengeluarkan mangsa, proses tersebut nampak macam sukar kerana keadaan lori yang remuk dan pemandunya tersepit” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dihubungi bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut.

Jumaat dua minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan sebuah lori 10 tan muatan bahan binaan dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu merempuh deretan kenderaan di arah bertentangan yang sedang berhenti pada lampu isyarat merah di Persimpangan Alam Budiman.

Polis kemudian mengesahkan, pemandu berusia 51 tahun itu didapati positif amphetamine dan methamphetamine atau syabu ketika memandu kenderaan berat tersebut.

Dia kemudian ditahan bagi membantu siasatan sebelum dituduh pada 13 Oktober lalu di Mahkamah Majistret. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini