Siapa pemimpin ini di mata Dr. Mahathir? - Utusan Malaysia

Siapa pemimpin ini di mata Dr. Mahathir?

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anwar Ibrahim

Saya selalu pilih orang tak kena. Anwar ini dia terkenal sebagai anti kerajaan. Dia kecam kerajaan iaitu sayalah. Dia ini seolah-olah orang agama. Sepatutnya dia sokong Pas. Tapi bila saya jadi PM, dia mahu masuk UMNO. Saya beri dia jadi timbalan menteri.
Jadi timbalan menteri dia datang pada saya dia complaint kenapa dia jadi timbalan menteri, dia patut jadi menteri. Saya kata, Anwar you baru masuk. Orang yang lama saya tinggal ini orang ini marah sebab itu saya tak boleh beri you naik atas.
Ini sampai nak tinggal semua orang tak bolehlah. You tunggulah. Dia tak berapa senang hati lah. Kemudian saya naikkan dia sebagai minister. Lepas itu pasal dia rajin, ke sana sini apa semua saya bantu dia sampai dia jadi Timbalan Perdana Menteri.
Saya ingat dia tunggulah. Tapi sekali lagi nampak dia punya program lambat sangat saya nak berhenti. Dia ingat dalam tempoh 10 tahun dia dapat jadi PM. Tapi pasal saya lambat sangat, dia hantar orang dia supaya kecam saya.
Dia sendiri tak kata, dia sendiri baik. Tapi orang dia macam Zahid Hamidi apa semua ini tuduh saya ini kronisme, diktator, rasuah macam-macam buat tuduhan sampai saya tunjuk bahawa yang dapat kontrak bukan saya, Anwar punya orang. Kemudian bila dah sampai lama sangat pun, itulah dia memberontak.
Tapi bukan kerana pemberontak, saya ready, kalau dia nak lawan dengan saya, boleh lawan. Macam saya lawan Musa dan lawan Tengku Razaleigh. Saya tak takut nak lawan. Bagi saya, kalah, kalahlah.
Tapi belum jadi perkara itu, datang police report. Dalam police report tu saya tak buat keputusan. Saya panggil ketua-ketua parti dari negeri, saya tanya kepada dia orang ini police report, kalau you nak tanya polis, you tanya polis. Dia orang kata tak payah, dia dengar. Dia orang kata tak bersetuju Anwar terus jadi TPM. Itulah Anwar.
Bila dia keluar UMNO, dia tahu orang Melayu takkan sokong dia. Buat kali pertama seorang pemimpin Melayu menubuhkan parti multi racial dan kecam UMNO sebagai rasis. Tapi walaupun dia kecam, saya menang juga PRU dua pertiga.

Musa Hitam

Musa Hitam ini bila saya dilantik PM, saya nak kena cari Timbalanlah. Pada masa itu yang berminat ialah Musa dan Tengku Razaleigh, tapi Tengku Razaleigh nampak yang betul berminat. Jadi Musa datang jumpa saya, dia tanya bolehkah dia bertanding?
Saya kata tak apalah, kita cara demokrasi, you nak bertanding you bertandinglah. Itulah yang dia kata saya sokong dia. Saya bukan sokong dia. Cuma dia nak bertanding, saya kata pada dia bertandinglah. Dia menang, jadi saya punya Timbalan. Pada masa itu dia promote idea MM (Mahathir-Musa).
Dia yang buat, bukan saya yang buat. Tak apalah. Saya tak complaint tapi saya fikir Musa ini ingat, saya jadi PM macam Tun Hussein, macam Tun Razak, cuma lima, enam tahun macam itu sajalah. Lepas itu saya letak jawatan. Tapi sampai lima tahun tak nampak macam letak jawatan. Jadi dia marah pada saya.
Dia nak beri saya jatuh, pasal dia Timbalan dia akan jadi PM. Lepas itu dia pergi bercakap dengan Tengku Razaleigh di Davos, dia pergi Davos, dia cakap pada Tengku Razaleigh dia cadang supaya Tengku Razaleigh bertanding lawan saya, dia bertanding lawan Ghafar. Pasal masa itu saya pilih Ghafar. Jadi okey lah. Dan saya tak larang, saya tak sekat. Semua kempen-kempen jalan. Tengku Razaleigh guna duit banyak.
Saya tak tahan wakil-wakil dari Kelantan kena kurung. Tak boleh undi orang lain kena undi Tengku Razaleigh. Tapi saya menang sikitlah 42 undi. Ghafar menang pun 41 undi. Sikit sangat. Tapi menang juga. jadi gagal lah Tengku Razaleigh dan Musa. Musa pun tak kan saya nak ambil Timbalan Perdana Menteri lagi.
Bila Ghafar sudah naik, jadi Ghafarlah jadi TPM. Itulah musa lost dia punya job. Tapi saya angkat dia, hantar dia pi UN (PBB), bagi dia taraf menteri, semua saya buat.
Saya tak marah pada dia. Tapi saya kata, kalau you tunggu, dapat giliran you lah. Dia tak boleh tunggu, lambat sangatlah. Mana saya nak tahu saya duduk sampai 22 tahun. Pada masa itu baru enam tahun. Jadi dia undur diri. Tak apalah, saya pilih Ghafarlah ganti dia.

Tun Hussein Onn

Tun Hussein tak dapat masa banyak. Dia tak sihat. Tapi dia ini amat slow sikit. Semua orang cerita. Dia belajar undang-undang, dia tulis nota banyak.
Orang lain guna nota dia, lulus, tapi dia tak lulus. Dia lama baru dapat. Kalau tak percaya pergi tanya Daim (Tun Daim Zainuddin). Daim dia panggil Hussein, Kapten. Pasal dia slow, dia tak boleh buat decision. Sekali itu, saya minta supaya kita buat claim (tuntutan) Pulau Amboyna Cay.
Kita sudah letak tugu di situ, claim kata Malaysia punya dalam Laut China Selatan. Pulau ini adalah pulau betul-betul ada pokok, ada tanah, semua itu. Kita claim yang itu. Minggu depan dia change his mind.
Dia kata kalau kita buat ini nanti kita dengan Vietnam, jadi dia kata kita usah ambil claim. Dia tolak Amboyna Cay itu, dapat pada Vietnam.

Tunku Abdul Rahman

Saya aktif dalam politik di zaman Tunku. Sebab itu hubungan saya dengan Tunku tidak berapa baik. Pasal Tunku dia berjuang dapat kemerdekaan.
Tapi lepas kemerdekaan, apa kita dapat? Dia tidak buat apa pun sehingga jadi rusuhan 1969. Sebab itu, saya tulis surat kepadanya pasal sepatutnya bila kita merdeka kita membangunkan negara.
Lepas itu selepas 1969, Tun Razak bila ambil alih dia perkenal dasar pembangunan luar bandar. Dia perkenal Dasar Ekonomi Baru (DEB), itulah yang saya mahu. – Mingguan Malaysia

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN