Ragam penumpang di bulan puasa - Utusan Malaysia

Ragam penumpang di bulan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selamat berpuasa semua. Bulan puasa di musim yang agak panas ini, cabarannya lain macam.
Namun selaku pemandu Grab, puasa ke, hujan ke, panas membahang ke, mencari rezeki tetap diteruskan.
Ini cerita puasa pada hari ketiga lepas, seorang rakan pemandu wanita, saya kenalkan sebagai Miss H, naik angin dengan gelagat dua penumpang Myanmar.
Cerita Miss H, dia mengambil pasangan lelaki dan perempuan ini di sebuah pusat beli belah di Klang.
“Jaraknya taklah jauh mana. Tak sampai dua kilometer pun. Tambang pun RM5 saja.
“Tapi sebaik saja naik kereta dan duduk di kerusi belakang itu, si perempuan terus berbaring atas pangkuan lelaki.
“Saya ingatkan dia sakit. Jadi saya tanyalah. Iyalah, sebab terbaring terus bila naik.
“ Rupa-rupanya mereka tidak tahu cakap bahasa Melayu. Ditunjuknya pasport pada saya. Saya nak buat apa tengok pasport?
“Bila cakap bukan pasport, perempuan itu terbaring semula sambil gelak-gelak dengan teman lelakinya. Mengata saya agaknya,” cerita Miss H dengan perasaan geram.
Kata Miss H, melihat perlakuannya, penumpang itu memang tidak sakit tapi hendak bermanja-manja.
“Bukan main melentok lagi bila saya tengok dari cermin pandang belakang. Padahal jarak perjalanan punyalah dekat, nak terbaring dalam kereta dah kenapa?
“Saya dah lah puasa, tengok pula aksi macam itu. Rasa hendak maki saja. Tapi nak maki pun tak guna, dia bukan faham.
“Bila nak bayar, cakap pun tak reti. Hishhh.. membara je rasa hati.
“Lepas ini, kena belajar bahasa Myanmar lah. Senang mahu tegur kalau mereka buat perangai dalam kereta saya,” cerita Miss H lagi.
Lepas sakit hati mendapat penumpang begitu, kata Miss H dia terus pulang ke rumah.
“Takut karang, saya pula yang kurang pahala puasa. Mana tahu termarah orang lain pula, baik saya balik sejukkan hati dulu,” Miss H bercerita. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN