PERNAH sebelum pilihan raya umum 2018, kita hairan suatu perkara ini – melihat satu bangsa ini yang asyik hanya memaki hamun sesama bangsa, sementara bangsa lain menjadi juara pemecahan.
Padahal, objektif kita untuk kembali kepada sifat asal Melayu yang mengikut sunnah, tetapi tetap sebagai pejuang ulung berbanding bangsa-bangsa lain. Kerana itu tidak pelik apabila ada yang mudah terpedaya dengan taktik halus parti tertentu yang sanggup menyanyikan lagu Hari Raya Aidilfitri dan memakai baju Melayu, sedangkan hati dan jiwanya menolak melakukannya.
Ini berlaku kerana pihak terbabit sedar kelemahan orang Melayu yang cepat tertarik dengan perlakuan sedemikian, lantas memainkan sentimen tersebut. Bahkan ada ungkapan Melayu disebut-sebut amar makruf nahi mungkar. Sampai tahap itu sekali dengan sebahagian orang Melayu tertarik serta boleh lupa mereka ada niat dan agenda pada orang Melayu.
Baru-baru ini saya menerima satu mesej dari sebuah grup WhatsApp, yang begitu halus dan mudah bacaan politiknya. Maklumat berikut mengajak parti-parti Melayu merenung dan menyelami hakikat satu perkara ini. Berikut saya petik hujah yang tertera dari mesej WhatsApp berkenaan:
Apabila hendak bercakap isu-isu politik, kita kena faham dan tahu fakta terutama kawasan-kawasan Parlimen majoriti Melayu ini:
Kawasan Parlimen Melayu PRU-14 (Semenanjung)
Perlis (3)
1. Padang Besar (87%)
2. Kangar (82%)
3. Arau (88%)
Kedah (15)
4. Langkawi (91%)
5. Jerlun (91%)
6. Kubang Pasu (87%)
7. Padang Terap (92%)
8. Pokok Sena (82%)
9. Alor Setar (64%)
10. Kuala Kedah (78%)
11. Pendang (89%)
12. Jerai (80%)
13. Sik (93%)
14. Merbok (69%)
15. Sungai Petani (61%)
16. Baling (89%)
17. Padang Serai (60%)
18. Kulim Bandar Baharu (69%)
Perak (14)
19. Gerik (69%)
20. Lenggong (84%)
21. Larut (90%)
22. Parit Buntar (69%)
23. Bagan Serai (78%)
24. Bukit Gantang (73%)
25. Padang Rengas (78%)
26. Tambun (67%)
27. Kuala Kangsar (71%)
28. Parit (93%)
29. Pasir Salak (81%)
30. Lumut (72%)
31. Bagan Datuk (60%)
32. Tanjong Malim (56%)
Pulau Pinang (4)
33. Kepala Batas (79%)
34. Tasek Gelugor (78%)
35. Permatang Pauh (72%)
36. Balik Pulau (65%)
Kelantan (14)
37. Tumpat (93%)
38. Pengkalan Chepa (98%)
39. Kota Bahru (85%)
40. Pasir Mas (98%)
41. Rantau Panjang (97%)
42. Kubang Kerian (98%)
43. Bachok (99%)
44. Ketereh (97%)
45. Tanah Merah (95%)
46. Pasir Putih (98%)
47. Machang (97%)
48. Jeli (98%)
49. Kuala Krai (95%)
50. Gua Musang (83%)
Terengganu (8)
51. Besut (98%)
52. Setiu (100%)
53. Kuala Nerus (99%)
54. Kuala Terengganu (90%)
55. Marang (98%)
56. Hulu Terengganu (99%)
57. Dungun (96%)
58. Kemaman (94%)
Pahang (13)
59. Cameron Highlands
(Melayu/Orang Asli 56%)
60. Lipis (78%)
61. Raub (52%)
62. Jerantut (82%)
63. Indera Mahkota (67%)
64. Kuantan (67%)
65. Paya Besar (84%)
66. Pekan (88%)
67. Maran (90%)
68. Kuala Krau (90%)
69. Temerloh (67%)
70. Bera (62%)
71. Rompin (88%)
Selangor (14)
72. Sabak Bernam (83%)
73. Sungai Besar (69%)
74. Hulu Selangor (61%)
75. Tanjong Karang (75%)*
76. Kuala Selangor (66%)
77. Selayang (53%)
78. Gombak (77%)
79. Ampang (55%)
80. Hulu Langat (66%)
81. Sungai Buloh (66%)
82. Shah Alam (76%)
83. Kapar (71%)
84. Kuala Langat (58%)
85. Sepang (63%)
Negeri Sembilan (5)
86. Jelebu (65%)
87. Jempol (64%)
88. Kuala Pilah (77%)
89. Rembau (74%)
90. Tampin (63%)
Melaka (5)
91. Masjid Tanah (84%)
92. Alor Gajah (61%)
93. Tangga Batu (71%)
94. Hang Tuah Jaya (63%)
95. Jasin (74%)
Johor (19)
96. Sekijang (59%)
97. Pagoh (66%)
98. Ledang (56%)
99. Muar (67%)
100. Parit Sulong (79%)
101. Ayer Hitam (58%)
102. Sri Gading (65%)
103. Batu Pahat (55%)
104. Simpang Renggam (60%)
105. Sembrong (61%)
106. Mersing (82%)
107. Tenggara (75%)
108. Kota Tinggi (89%)
109. Pengerang (90%)
110. Pasir Gudang (50%)
111. Johor Bahru (53%)
112. Pulai (51%)
113. Pontian (69%)
114. Tanjung Piai (57%)
WP Kuala Lumpur (6)
115. Wangsa Maju (61%)
116. Setiawangsa (62%)
117. Titiwangsa (72%)
118. Lembah Pantai (63%)
119. Bandar Tun Razak (61%)
120. Putrajaya (95%)
Untuk menjadi kerajaan pada 2023, parti-parti Melayu mesti menang 120 kerusi Parlimen di Semenanjung daripada jumlah 165 kerusi semuanya.
Ya, yang kita orang Melayu ada masa kini, itu pun ‘sekelumit’ yang tinggal hanyalah kuasa politik. Dan berdikit-dikit pula ke sebelah pihak sana. Berdamailah!
DATUK Dr. Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa.










